Aaisyah nak jadi pelakon tapi menangis muka tak sedih pun

 

JIKA anak kecil lain lebih berminat bermain dengan anak patung dan alat mainan, lain pula ceritanya si comel kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Bayangkan, Aaisyah Dhia Rana lebih cenderung memilih tas tangan berbanding permainan lain yang dikejar anak-anak seusianya.

Tidak hairanlah jika dilihat menerusi perkongsian foto-foto di laman sosial Instagram milik Che Ta dan Zain, Aaisyah begitu lincah dan bersahaja saat mengayakan tas tangan ketika bercuti ke luar negara.

anak perempuan tunggal dalam keluarga ini lebih berminat berfesyen dan begitu teruja jika dibawa ke butik tas tangan berbanding kedai mainan.

“Aaisyah memang tak ada mainan dekat rumah. Dia langsung tidak berminat dengan alat mainan yang lazimnya budak perempuan seusianya suka.

“Saya pernah bawa dia masuk ke kedai mainan tapi dia akan tunjukkan reaksi kurang berminat, dia tidak tahu nak buat apa. Berbeza kalau saya bawa dia masuk ke kedai jual beg tangan. Beg tangan itulah dia akan anggap seperti permainan. Bayangkan sendiri, kalau dia merengek, bagi dia barang itu (tas tangan), senyaplah dia,” cerita Che Ta sambil tertawa.

Aaisyah nak jadi pelakon tapi menangis muka tak sedih pun

VIDEO:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: 90minit.com


Apa Kata Anda?