[VIDEO] “Abang Pilih Yang Mana? Perawan Atau Janda?” – Adi Putra ‘Serius’ Nyanyi Lagu Dangdut, Kelakar Habis!

Mengimbas kembali perjalanan seni seorang pelakon cantik Nora Danish yang mula berlakon dalam filem pertamanya, Potret namun, selepas mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nadzri, kelibatnya jarang kelihatan di kaca televisyen.

Hampir setahun berehat daripada dunia seni, ibu kepada NeyNey itu telah berkongsi sekeping gambar di Instagram bahawa dia akan kembali berlakon dalam slot Samarinda TV3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi posting tersebut, Nora digandingkan bersama Ady Putra, Zamarul Hisham dan Ika Nabella dalam sebuah drama adaptasi daripada novel iaitu Bahagia Bukan Bidaan.

Terbaru, Nora Danish telah memuatnaik video salah satu babak lakonan Adi Putra dalam drama tersebut. Adi Putra dengan seriusnya menyanyi lagu dangdut “Perawan Atau Janda”. Babak itu kelihatan seperti spontan dan bersahaja menyebabkan netizen tak kering gusi melihatnya.

Abang pilih yang manaaa..

Perawan atau janda…

Perawan memang menawan…

Janda lebih menggoda…

????????????????

VIDEO :

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Adi Putra tersebut. Netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi dan komen di posting video Instagram berdurasi 30 saat itu.

Memang tak sangka.. Boleh tahan juga

Hahaha this is so cute

Tak sabar nak tengok, mesti best!

Teks oleh : Staf Soya Lemon

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Nora Danish via Soya Lemon


Apa Kata Anda?