“Haha! Bukan Tiara Je Gelak, Aku Pun Sekali Ikut Dia Gelak!” – Netizen Terhibur Dengan Video Achey dan Anaknya

Ramai yang sedia tahu kalau Achey dan isterinya ada mengambil seorang anak angkat yang comel , Tiara.

“Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Saya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat apabila mendapat panggilan daripada pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL). Proses pengambilannya secara rasmi juga berjalan dengan lancar,” katanya yang menerima kehadiran permata hati itu pada 22 Mei lalu.

Pelawak terbabit membuat pengumuman mengenai kehadiran bayi perempuan berkenaan dalam hidup mereka menerusi Instagram, 13 Jun lalu.

Beliau menyifatkan kehadiran Tiara sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

Seminggu selepas Nur Tiara dilahirkan saya membawanya pulang ke kampung di Segamat, Johor dan saya sendiri pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menguruskan proses pengambilan anak angkat dan dokumentasi.

Menerusi prosedur JKM, kami perlu melalui tempoh percubaan selama dua tahun sebelum Nur Tiara disahkan menjadi anak angkat kami.

Tiara kini sudah besar dah boleh duduk di dalam walker.

Di dalam video dibawah, Tiara gelak besar dengan lagak bapak nya. Mungkin beliau merasakan gaya bapaknya itu sangat mencuit hati sehinggakan dia gelak besar.

Komen – komen dari Netizen : 

Allahuakbar comel dan bijak sungguh….seronok gembira dan ada ckit perasaan touching tu tgk video ni…semoga @tiara_zinnirahofficial Akan menjadi bintang yg akan menyinarkan mama @anne_achey Dan ayah @acheykintangkintung

“Haha! Bukan Tiara Je Gelak, Aku Pun Sekali Ikut Dia Gelak!” – Netizen Terhibur Dengan Video Achey dan Anaknya

siapa gelak sebab baby tiara gelak? angkat tangan! 😂

“Haha! Bukan Tiara Je Gelak, Aku Pun Sekali Ikut Dia Gelak!” – Netizen Terhibur Dengan Video Achey dan Anaknya

Bertuah tiara dpt ayah mcm achey…hidup gmbira je😂😂

“Haha! Bukan Tiara Je Gelak, Aku Pun Sekali Ikut Dia Gelak!” – Netizen Terhibur Dengan Video Achey dan Anaknya

“Terima kasih kepada peminat dan rakan yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” kata Achey yang sudah lapan tahun bergelar suami.

Selain itu, Achey turut membuka akaun Instagram rasmi untuk puteri mereka di bawah nama @tiara_zinnirahofficial, dengan gambar pertama dimuat naik pada 13 Jun.

Bercakap dari segi pengalaman pula, kami melalui fasa baharu apabila perlu berjaga malam menjaganya.

Bagaimanapun, Nur Tiara sangat mudah dijaga dan tidak banyak meragam. Kebiasaannya, dia akan tidur pada waktu siang dan berjaga pada sebelah malam tetapi tidur semula selepas Subuh.

Saya membuka akaun Instagram buatnya kerana memudahkan orang ramai untuk melihat perkembangannya. Selain itu, ia memudahkan khalayak mengenalinya dan mengetahui Nur Tiara adalah anak kami.

Saya faham sebagai seorang yang dikenali, sudah tentu peminat mahu melihat perkembangan saya termasuklah hal anak.

Kadangkala kami juga tidak mahu berkongsi tetapi saya anggap itu merupakan sebahagian daripada tugas sebagai seorang selebriti. Saya memilih untuk mengasingkan akaun Instagramnya supaya memudahkan kami berkongsi perkembangan terkini Nur Tiara.

Jika ditakdirkan kami dikurniakan zuriat sendiri selepas ini, saya anggap itu rezeki. Saya mungkin akan mengambil anak angkat lagi sekiranya mempunyai anak sendiri nanti.

Hal ini kerana saya baru sedar betapa indahnya menjaga anak. Apatah lagi menjaga anak angkat kerana kasih sayang yang dicurahkan perlu berganda supaya perasaan itu tidak lari daripada kita.

Apabila mereka dewasa kelak, mereka boleh berfikir yang kita sebagai ibu bapa ini tidak membezakan kasih sayang walaupun berstatus anak angkat.

Caption Achey mengenai video itu :

“Ayah kemas fail pun kau gelak??… lain mcm punch line ayah ni yea… @tiara_zinnirahofficial@anne_achey#bintangmamaayah#anak#sabarlaanak#tiara6bulan“

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : BeautifulInara


Apa Kata Anda?