[VIDEO] Ada Satu Lagi ‘PER’ yang Korang Terlepas Pandang Dalam Hantu Kak Limah

FILEM Hantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena dengan kutipan mencecah RM32.5 juta dalam tempoh hanya 18 hari tayangan.

Ini menjadikan HKL mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Rekod ini pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ) menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia sekali gus mencipta rekod baharu industri filem tempatan sebagai filem pertama yang berjaya meraih kutipan lebih 20 juta.

HKL ditayangan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura dengan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

VIDEO: 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : instagram astroshaw via TubeViral


Apa Kata Anda?