“Adakah Sejarah Itu Akan Berulang?” – Kongsi Foto Bersama New Boyz, Tomok Bagi Hint?

Penyanyi Tomok seolah-olah memberi bayangan untuk membuat kemunculan semula bersama kumpulan New Boyz.

Tomok memuat naik foto bersama anggota kumpulan New Boyz iaitu Lan, Jay, Along dan Zack menerusi sebuah entri Instagramnya hari ini.

Posting tersebut ternyata mendapat perhatian peminat yang mahu anggota New Boyz kembali bersatu dan membuat kemunculan semula.

Malah, kapsyen yang ditulis Tomok juga sudah cukup membuatkan peminat teruja.

“Banyak yang kami lalui bersama… Adakah sejarah itu akan berulang?

“Tomok, Lan, Jay, Along, Zack, New Boyz,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

banyak yg kami lalui bersama..adakah sejarah itu akan berulang? . tomok,lan,jay,along,zack NEW BOYZ

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Menerusi ruangan komen, peminat sudah mula berkongsi rasa tidak sabar untuk melihat New Boyz bersatu membuat kemunculan semula.

Rata-ratanya menunjukkan sokongan penuh dan mula mengimbas kembali kenangan ketika New Boys menjadi fenomena suatu ketika dulu.

Terdahulu, New Boyz mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan album pertama melalui hitz singlenya Sejarah Mungkin Berulang.

Bukan itu sahaja,mereka juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.

Foto: Instagram @tomokofficial / Gempak.com


Apa Kata Anda?