Genap 46 Tahun Pemergian AR Tompel, Adlin Aman Ramlee Kongsi Ucapan Dari Bapanya

Sempena genap 46 tahun pemergian bapanya yang juga pelakon lagenda Aman Ramlee Jaafar atau AR Tompel, pelakon Adlin Aman Ramlee kongsi ucapan khas yang pernah diterimanya.

Menerusi ucapan dari sekeping kad itu, bapanya telah memberi kata-kata semangat buatnya.

“Trust your hopes, not your fears!” tulisnya.

Adli berkongsi foto kad ucapan itu menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

Suami kepada Emelda Rosemila itu juga berharap bapanya yang telah meninggalkan banyak kenangan kepada peminat penonton filem Melayu dahulu itu terus dipelihara serta ditempatkan di syurga teragung.

Kapsyen IG :

“Hari ini genap 46 tahun Arwah Bapak Aman Ramlee Bin Jaafar ( AR Tompel ) meninggalkan kita semua.

“Dia telah meninggalkan byk kenangan dan ingatan lucu yg menyentuh hati kita semua.

“Sama-sama  doakan roh Allahyarham terus terpelihara dan ditempatkan di syurga yg teragung.

Al~Fatihah,” tulisnya.

Rata-rata turut menyedekahkan al-Fatihah buat arwah bapanya.

Semoga Ditempatkan dikalangan orang yang beriman…

True lagend! alfatihan buat seniman agong AR Tompel,,,

Cukup istimewa insan ini berjaya membuat ku gembira bila hati gundah gulana…

Alfatihah, Seniman yang tiada ganti..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: Ig adlinamanramlie via Gempak

 

 


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*