“Aidil, Lelaki Paling Rapat Dalam Hidup Saya” – Fasha Sandha

PETALING JAYA: “Ya… Saya ‘single but not available’ (solo tapi sudah berpunya),” demikian pengakuan ikhlas pelakon terkenal, Fasha Sandha mengenai status dirinya sekarang.

Melalui penjelasan itu, Fasha, 34, secara tidak langsung memberi peringatan kepada mana-mana jejaka supaya melupakan hasrat mendekatinya kerana hatinya sudah dimiliki.

Ketika diajukan pertanyaan apakah lelaki bertuah itu adalah pelakon, Aidil Aziz yang digosip bercinta dengannya, ibu tunggal dua cahaya mata itu enggan mengesahkan atau menafikannya.

“Saya tidak mahu meletakkan hubungan kami sebagai bercinta kerana lebih selesa dengan terma berkawan.

“Saya belum bersedia untuk bercakap soal hati dengan lebih lanjut kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang rapat dengan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Blok 404 di Mutiara Damansara di sini, malam tadi.

VIDEO :

Terima kasih sahabat2 wartawan yang datang untuk menyokong Filem #blok404 Berpeluh ibu jawab soalan wartawan. Nasib baik tak jatuh kebelakang ???? Terima kasih sahabat wartawan kerana tidak mendesak dan selalu mendoakan kebaikan dan kebahagiaan untuk saya. Siapa yang tidak mahu hidup bahagia. Tapi kenyataan adalah kenyataan, saya lebih selesa meletakkan diri saya berkawan rapat daripada bercinta. Kita tidak tahu apa akan jadi pada hari esok. Bersahabat lebih kekal dan indah. Itu saja update yang ada buat masa ini.. Maaf saya terpaksa mintak diri awal kerana anak perempuan saya kurang sihat dan esok pula hari kedua saya shooting #dipinggirneraka TV3. Terima kasih semua dan terima kasih buat penerbit Datin @iamida77 @kam2u diatas kepercayaan yang diberikan buat saya. Walaupun watak cameo, saya tetap mendoakan filem ini menjadi fenomena seperti dulu. Amin Thank You BFF manager @murshid_eunos

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Mengakui bahagia dengan kehidupannya sekarang, pelakon jelita itu berkata, dia masih belum bersedia memikirkan soal perkahwinan kerana mahu lebih fokus terhadap kerjaya seninya yang semakin berkembang.

Fasha bagaimanapun, tidak menafikan kenyataan, ramai peminat yang merestui hubungannya dengan pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Saiful Nita itu.

“Mungkin kerana Aidil juga single dan belum pernah berkahwin, ramai peminat suka melihat kami berkawan, ” katanya yang sudah dua tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Sementara itu, mengulas rakaman video kemesraan dia dan Aidil di lapangan terbang yang tular di laman sosial, Fasha bagaimanapun, memilih untuk tidak memanjangkan perkara itu.

“Saya tak nak komen mengenai video itu kerana jika diulas, ia akan berpanjangan pula,” tegas Fasha.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, Fasha dilihat mencium tangan Aidil lantas mencetus spekulasi mereka menjalin hubungan intim.

ARTIKEL BERKAITAN :

[FOTO & VIDEO Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Mesra Berpelukan, Ada Hubungan Istimewa?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BeritaHarian

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?