[VIDEO] Akhirnya Aishah Bakal Terima Tanah Lot Tapi Tak Tahulah Nak Menangis Atau Ketawa?

Aishah mempersoalkan mengenai hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya dalam GV4.

PENYANYI Aishah terkilan apabila mengetahui hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya selaku juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) tidak seperti yang dijanjikan.

Aishah, 53, berkata dia telah dimaklumkan akan menerima tanah lot yang lebih kecil dan bukan seperti yang diumumkan semasa memenangi pertandingan tersebut.

“Tak tahulah nak menangis ke nak ketawa, sudahlah susah payah nak tuntut hadiah siap dengan maki hamunnya, minta tangguh lebih setahun.

“Sekarang diberitahu yang tanah dijanjikan itu bukan lot banglo, tapi lebih kecil, katanya itu perjanjian dengan badan penyiaran,” katanya.

Aishah berkongsi luahan di Instagram miliknya.

Aishah menulis luahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Sementara itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut mempersoalkan mengapa hal ini dimaklumkan selepas setahun pertandingan tersebut.

Malah, dia juga tertanya-tanya adakah nilai hadiah itu satu kesilapan atau hanya berniat untuk menjadikan program tersebut hebat.

“Hampir setahun baru nak bagi tahu? Jadi yang diuar-uarkan dalam televisyen tu tak betullah ya?

“Kesilapan atau sahaja nak gempakkan program. Adoiii… I am speechless,” katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 28 Ogos lalu, Aishah mendedahkan dia masih belum mendapat hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai program tersebut.

Aishah turut membangkitkan hadiah barang kemas berupa berlian pemberian penaja iaitu Datuk Seri Vida yang dikatakan barangan palsu.

Selain Aishah sebagai juara, naib juara GV4 dimenangi Liza Hanim dan pemenang tempat ketiga ialah Lan Solo. Ketiga-tiga mereka dijanjikan lot tanah selain hadiah iringan sumbangan pihak Astro dan penaja lain.

VIDEO PENUH :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : mStar

SoyaLemon.NET

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?