Akhirnya ‘JANTINA’ Baby Sari Yanti Dan Jep Diketahui Umum

Pelakon dan juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu, Sari Yanti bakal melahirkan bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Perkara itu membuatkan peminat berasa teruja dan mula berteka-teki mengenai jantina anak pasangan yang baru dinobatkan sebagai Couple MeleTop di AME2018, semalam (Ahad).

Mengimbas kembali foto-foto ketika majlis ‘baby shower’ Sari Yanti yang berlangsung pada bulan lalu, ada yang mula membuat andaian sendiri.

Rata-rata mereka meneka Couple MeleTop 2018 itu bakal menimang bayi lelaki kerana warna dan dekorasi yang dipilih oleh Sari untuk majlis tersebut.

Mana tidaknya, warna biru dan juga dekorasi gajah merupakan simbol yang sangat sinonim dengan anak lelaki.

“Sari, bila due? Kalau tema gajah ni. Macam dapat baby boy jer. Hehehe. Ingat cerita Shin Chan. Dia panggil belalai gajah,” tulis Noorulizdiany.

Selain jantina anak, peminat juga mendoakan agar segala urusan bersalin Sari berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan yer kak Sari dengan abang Jep. Suka sangat dengan pasangan nie,” tulis Qaireennuri.

“Semoga akak @sariyanti selamat melahirkan cahya mata dan menjaga amanat Allah, doakan saya jugak untuk menimang cahaya mata pada tahun ni, amin inshaAllah,” coret kociktomei93

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Manakala hasil perkahwinan terdahulu, Sari dikurniakan dua orang anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Sari dan Jep juga baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang ‘couple MeleTOP’ di Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) yang berlangsung semalam.

“Kakak Awak Dah Sarat Sangat” – Ini Sebab Sari Yanti Tak Hadir AME2018

“Kakak Awak Dah Sarat Sangat” – Ini Sebab Sari Yanti Tak Hadir AME2018

Pelakon Sari Yanti mengakui kondisi dirinya yang semakin sarat hamil menyebabkan dia tidak dapat hadir ke Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) yang berlangsung pada Ahad.Sari membuat kenyataan itu dengan memuat naik satu foto beserta kapsyen menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

“Subahanallah. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang undi abang dan kakak awak.

“Kakak awak dah sarat sangat dah. Tahap kesihatan tak membenarkan kakak hadir. Thank you Meletop. Abang awak pulak baru sampai dari Penang malam ni.

“But we are so happy, thank you again untuk awak semua yang mengundi dan #AME2018 @meletop yeayyyyyyyy!!! #sampaisyurga,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat yang mendoakan agar segala urusan bersalin dipermudahkan.

Sari dan Jep juga baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang ‘Couple MeleTOP’ di Anugerah MeleTOP ERA (AME2018).

 

Sumber : CoretanMedia


Apa Kata Anda?