“Akhirnya kita ditemukan” – Bekas kekasih Sufian hadir majlis perkahwinan Elfira Loy

BEKAS kekasih penyanyi Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Izyan hadir pada majlis persandingan pelakon Elfira Loy pada Sabtu.

Izyan yang memuat naik foto pada majlis resepsi itu turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga Elfira dan suaminya Faris.

“Allah tahu yang terbaik dan dia menemukan kita akhirnya. Tahniah atas hari bahagia ini. Semoga kasih sayang yang dikongsi hari ini semakin kukuh hingga ke tua.

“Secara jujurnya saya begitu gembira untuk kamu dan Faris dipertemukan untuk satu sama lain. Terima kasih juga kerana membenarkan saya dan rakan-rakan berkongsi majlis penuh magis ini.

“Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan saya harapkan yang terbaik untuk memulakan penyatuan ini,” tulisnya.

Elfira turut mendoakan Izyan bertemu jodoh.

Elfira dan pasangannya Faris Khairol Anwar selamat bernikah pada 1 Januari 2019 di Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Sementara itu, Elfira yang turut memuat naik foto yang sama berterima kasih kepada Izyan kerana banyak membantu dia dan ibunya selama ini.

“Siapa tahu kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang majlis perkahwinan saya. Semoga dipercepatkan jodoh juga, Izyan,” tulis Elfira.

Sebelum ini, penyanyi lagu Di Matamu itu dikhabarkan bercinta dengan wanita Izyan sebelum didakwa meninggalkannya demi Elfira Loy.

Bagaimanapun, hubungan pertunangan Sufian dan Elfira Loy terputus pada Februari tahun lalu.

Luahan Sufian Suhaimi Pada Majlis Pernikahan Elfira Loy mencuri Perhatian Ramai

Membuka tirai 2019, pelakon Elfira Loy mengakhiri zaman solo dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pagi tadi. Dengan hanya sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri.

Mereka dinikahkan bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin dalam majlis yang bermula jam 9 pagi tadi dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Elfira memuatnaik foto di atas pelamin dengan suaminya dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ sebentar tadi dan menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Pelakon genit ini mula memberi bayangan sedang bercinta apabila memuatnaik sekeping foto bersama seorang jejaka misteri di Instagramnya, Ogos lalu. Walau bagaimanapun, dia enggan bercerita lebih lanjut apabila diajukan soalan berkenaan lelaki berkenaan sebelum ini.

Begitu cantik dengan pilihan warna serba putih, foto dikongsi Elfira dengan kata syukur di laman Instagram miliknya kini dipenuhi dengan kata tahniah oleh rakan artis dan juga peminat buatnya.

Penyanyi Sufian Suhaimi tumpang gembira menyaksikan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy bernikah hari ini.

Pelantun lagu Di Matamu itu berkata, dia senang hati melihat Elfira akhirnya menemui apa yang dicari selama ini.

“Rasanya tiada apa yang perlu dikatakan sebab saya dan dia telah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

“Bagaimanapun saya gembira untuknya dan berharap apa yang dirancang, akan berjalan lancar,” ujarnya ringkas kepada Kosmo! Online.

Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan tersebut empat bulan kemudian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

 

Sumber: Mstar

 


Apa Kata Anda?