Aksi Comel Ikan Pari Merajuk Bila Tak Dapat Makanan

Berbeza dengan manusia, jarang sekali untuk kita melihat aksi merajuk di kalangan haiwan. Namun bagi seekor ikan pari ini, aksi merajuknya bakal mencuri hati ramai orang.

Ikan pari yang kelaparan itu dilihat sedang bersandar di dinding kaca akuarium menunggu gilirannya diberikan makanan oleh penjaganya.

Meskipun memiliki saiz yang besar, penjaganya itu tidak menghiraukannya, sebaliknya sedang sibuk memberikan makanan kepada ikan-ikan lain yang berada di dalam akuarium yang sama itu.

Mungkin geram kerana tidak dihiraukan, ikan pari itu sudah kehilangan sabar dan bertindak memercikkan air bagi mendapatkan perhatian.

Usaha ikan pari itu telah membuahkan hasil setelah berjaya mendapatkan perhatian daripada penjaganya itu yang kemudiannya telah memberikan sedikit makanan.

Jadi, lepas ini jangan disangkakan hanya manusia sahaja yang boleh mengamuk kalau makanan lambat dihidangkan. Ikan pari yang sememangnya terkenal dengan murah senyuman itu pun boleh hilang sabar kerana lapar. Tonton videonya di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: OhMyMedia


Apa Kata Anda?