Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dgn bahagia, berpisah bukan kerana org ketiga

Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana sengketa antara kita.. ” – Kata-Kata Izzue Islam Untuk Isterinya, Awin Buat Ramai Yang Sebak 

Menerusi akaun Instagram, Izzue memuatnaik kata-kata atau dedikasi yang dituju khas untuk isterinya yang tersayang :

” Isteriku, aku tahu bahawa peng0rbananmu untukku sangatlah besar. Aku tau bahawa wanita itu selalu menjaga hati orang yang dia sayangi sehingga terkadang hatinya sendiri tersiksa.. “

” Inilah pengorbanan wanita yang lelaki tak pernah sedar.. ”” Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana sengketa antara kita.. “” Tapi berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu.. “

” Jangan bimbang wahai isteriku, sekali engkau menerimaku, maka berjuta kali aku akan setia kepadamu. Insyaallah. @awinnurin “” Yg kacak & kekadang kelakor, Suamimu Ketiak Masam.. “

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isteriku, aku tahu bahawa pengorbananmu untukku sangatlah besar! Aku tau bahawa wanita itu selalu menjaga hati orang yang dia sayangi sehingga terkadang hatinya sendiri tersiksa! Inilah pengorbanan wanita yang lelaki tak pernah sedar! Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana sengketa antara kita, tapi berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu. Jangan bimbang wahai isteriku, sekali engkau menerimaku, maka berjuta kali aku akan setia kepadamu. Insyaallah. @awinnurin . Yg kacak & kekadang kelakor, Suamimu Ketiak Masam.

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on

Hampir 5 tahun usia perkahwinan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam bersama isteri tercinta, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Awin Nurin.

Awin juga merupakan pengurus peribadi Izzue sejak mula Izzue mencebur diri dalam bidang seni. Menurut Izzue sebelum ini, pertama kali dia bertemu dengan Awin ketika menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2008.

Sebenarnya, Izzue sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue. Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis.

Dia adalah diri dia. Dia tegas dalam bekerja. Dia pengurus Izzue, jadi kalau lambat bangun ke apa ke memang kena. Dia ada pendirian, seorang yang berdisiplin, peramah, sopan. Dia…macam-macamlah. Pahit, manis, pedas, masam, masin, kenyang, lapar, susah, senang, jatuh, bangun…semua kami sudah rasa. Dia yang selalu beri Izzue semangat selain daripada ibu bapa dan kawan-kawan Izzue. Izzue yakin, Izzue tidak salah pilih orang untuk dijadikan teman hidup. Susah senang Izzue dia memang ada bersama Izzue.

Romantik jugak si Izzue Islam ini rupanya. Walaupun kami tahu ramai gadis-gadis di luar sana yang remuk hatinya, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin kekal sehingga hujung hayat. 

Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Antara komen-komen peminat :

Kami mendoakan Izzue dan Awin hidup bahagia selamanya sampai ke syurga. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin..

Sumber: Ig Izzue Islam via layansudah / http://gengjoyah.com


Apa Kata Anda?