“Ala Jelesla Mira Filzah..”- Gara2 ‘Kanda’ Remy Ishak Ramai Tengok MeleTOP

Seringkali kita melihat, pengacara tetap program MeleTOP iaitu gandingan Nabil Ahmad bersama Neelofa namun kali ini, bagi menggantikan Nabil, pelakon terkenal yang juga dipanggil sebagai Kanda Remy Ishak hadir sebagai hos jemputan.

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon kacak ini melonjak naik apatah lagi ramai yang menyukai lakonannya bersama Mira Filzah menerusi drama Pujaan Hati Kanda, drama trending pada tahun ini.

Bagaimanapun, Remy tidak ketingalan untuk memuat naik fotonya ketika menjadi hos semalam.

Hehe!kanda memang tak pandai bab2 hosting ni…

Malah dirinya juga menjadi punca peminat Remy untuk melihat program MeleTOP kerana pelakon kacak ini muncul sebagai hos.

Ngam sangat ni..

Bagaimanapun, foto yang kelihatan kejelitaan Neelofa terserlah bergambar bersama Remy itu membuatkan ramai yang mengatakan mereka sepadan.

Malah, ada juga yang ingin melihat drama gandingan kedua pelakon hebat ini dikaca televisyen.

Memang best host semalam..

Lama dah tak tengok MeleTOP. Tapi..

[VIDEO] Babak ‘Sayang’ Mira Filzah Bersama Remy Ishak Tular, Buat Ramai Terhibur

Drama lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak, siapa yang tidak suka dengan gandingan ‘sweet’ antara mereka. Sejak dari permulaan episod drama bertajuk, Lelaki Kiriman Tuhan peminat kedua pelakon ini sudah memuji lakonan mereka berdua yang dikatakan sagat serasi.

Gandingan yang sangat serasi

Namun, gara-gara babak Mira Filzah memanggil Remy ‘sayang’ membuatkan babak tersebut mula tular di media sosial.

Mana taknya, lakonan menjadi antara pasangan ini membuatkan netizen turut tersenyum dengan kelakuan mereka berdua yang juga memegang watak sebagai suami isteri.

Antara komen lucu netizen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram Era apabila melihat babak ‘sweet’ kedua pelakon ini.

Berulang jugak aku tengok..

Remy tak pernah mengecewakan

Terketaq lutut Remy, Mira panggil cam tu

Selain drama ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ , Remy dan Mira juga bergandingan dalam drama terbaru ‘Pujaan Hati Kanda’ yang turut menjadi drama trending terbaru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Remy Ishak via HCL / Era via MediaOhsem


Apa Kata Anda?