[VIDEO] ‘Alahai Sedih Pula Tengok’ – Netizen Sayu Bila Lihat Reaksi Anak & Syatilla Facetime Bersama

Siapa yang tidak kenal dengan keluarga kecil Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini. Pasangan ini telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Mei 2017. Syeriv Samheizy juga punyai Instagram dengan pengikut lebih kurang seramai 589 ribu.

Syatilla sering memuat naik dan berkongsi video dan foto anak kesayangannya ini di Instagram. Pendek kata, memang tidak lekanglah Syatilla dengan Syeriv. Terbaru, Syatilla berkongsi video reaksi anaknya waktu Face time bersama. Memang comel habis!

Alaaaa kesiannya…

Video berdurasi hampir seminit ini memuat naik gelagat comel Syeriv ketika melepaskan rindu terhadap ibunya menerusi aplikasi Face time.

Rindu ibu

Menerusi kapsyen di Instagram Syatilla, dia turut menangis apabila melihat dan mendengar tangisan anak lelakinya itu. Dia tinggalkan Syeriv kepada ibu mertua, Khaty Fauziah, sementara keluar untuk urusan kerja.

Tetap cari ibu

Shaheizy Sam tidak menafikan anak lelaki akan setia dan sayangkan ibu walaupun sudah berumah tangga. Begitu juga dengan dirinya yang masih mengutamakan ibu, Khaty, dalam setiap urusan harian kerana itu merupakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai anak lelaki.

Peminat terharu

Ramai pula peminat Syeriv yang memuji dengan sikap kecomelan yang ada pada diri anak kepada pasangan Syatilla dan Shaheizy Sam ini.

Credit: Instagram Samtilla / Ohbulan


Apa Kata Anda?