‘Alahai, Seriusnya! Dah Pandai ‘Sentap’ Sekarang Ya Yusuf’- Reaksi Yusuf Iskandar Tunggu Habis Meeting, Garang Sungguh!

Sebut saja nama Yusuf Iskandar pasti ramai yang mengenali nama si cilik comel ini. Yusuf merupakan cahaya mata sulung pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Gelaran ‘adik beradik’ diberikan kepada kucing atau ‘abang’ Yusuf iaitu Bujibu Champel.

Dengan akaun Instagram Yusuf Iskandar mempunyai 2.3 juta pengikut, gelagatnya yang ceria pasti mencuit hati netizen di luar sana. Selain itu, telatahnya dalam gambar dan videonya yang comel menjadi bualan mulut.

Baru-baru ini Hairul telah memuat naik video Yusuf yang sedang menunggu ibunya, Hanis Zalikha yang sedang bermesyuarat. Namun, riak wajah Yusuf yang menjadi perhatian netizen kerana ramai yang menyatakan bahawa Yusuf semakin bijak dan membesar kerana sabar menunggu dan tidak menganggu ibunya semasa mesyuarat.

Bila meeting nak habis?

VIDEO:

Bila meeting tak habis2 @theyusufiskandar

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Video yang berdurasi 22 saat itu telah mendapat 500k tontonan dan 60k likes telah mencuit ramai hati netizen di luar sana dengan telatahnya yang comel dan wajahnya yang serius sabar menunggu ibunya, Hanis Zalikha.

Komen yang telah ditulis oleh netizen.

Masamnya muka Yusof.

Part last menguap tu yang best.

Reaksi spontan Yusuf. Lawak.

Sumber: IG Hairul Azreen via KisahDunia.COM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?