‘Alhamdulillah, ibu sudah punya peneman hidup’

SELEPAS dua tahun bergelar janda, ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff, 43, selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka kelahiran Singapura, Hairul pada 24 Mac lalu.

Zahirah yang tiba di tanah air kelmarin berkata, dia tumpang gembira dan bersyukur apabila ibunya sudah menemui teman hidup baru.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan yang berlangsung di Perth, Australia berjalan dengan lancar. Majlis diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat.

“Sebagai anak sulung saya berasa gembira dan bersyukur ibu sudah punya peneman hidup,” katanya.

Menurut Zahirah, kehadiran bapa tiri baru melengkapkan lagi kehidupan ibunya.

“Sekurang-kurangnya bapa tiri saya dapat menjaga ibu serta memberikan kasih sayang sepenuh hati.

 

“Kalau sebelum ini saya lah tempat dia mengadu suka dan duka. Saya mendoakan ibu sentiasa bahagia dan hubungan mereka kekal hingga akhir haya,” katanya.

Terdahulu Maslinda dan pelakon Zainol Macwilson mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan bercerai pada November 2015.Pasangan ini mendapat empat orang anak termasuk pelakon Zahirah MacWilson

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. ‘Alhamdulillah, ibu sudah punya peneman hidup’ – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.