[VIDEO] Dato’ Aliff Syukri Dan Isteri Mencari Tiga Lagi Anak Angkat Untuk Dibantu

Masalah sosial di negara Malaysia bukanlah satu perkara biasa. Banyak kes pembuangan bayi berlaku dari hari ke hari. Namun ada juga beberapa institusi yang mengambil inisiatif untuk menjaga insan tersebut daripada dibuang.

Baru-baru ini, pasangan suami isteri terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida membuat pengumuman di Instagram Story memberitahu bahawa mereka ingin mengambil dua anak angkat.

VIDEO :

Ingin mencari anak angkat

Perkara ini diberitahu oleh penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu terlebih dahulu melalui video yang dimuat naik di Storynya.

Menurut Aliff, beliau ingin mencari dua anak angkat tidak kiralah anak luar nikah atau anak yang tak mampu ditanggung.

Wah, bagusnya! Bukan beliau sahaja, malah isterinya juga ada memuat naik perkara sama untuk peminat dan pengikutnya.

Jangan dibuang anak itu

Alhamdulillah, bagus juga tindakan pasangan ni, sekurang-kurangnya anak yang tidak berdosa itu tidak dibuang begitu sahaja.

Tetapi menerusi laman Instagram anak angkat mereka sebelum ini, pasangan ini memberitahu bahawa mereka perlukan tiga anak angkat. Wah, dari dua jadi tiga pulak ya. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan.

3 orang anak angkat

Setakat ini, pasangan tersebut sudah mempunyai empat anak kandung dan dua anak angkat. Nampaknya semakin bertambah besar dan meriah la keluarga mereka nanti kan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Aliff Syukri, Nur Shahida via OhMyMedia


Apa Kata Anda?