[VIDEO]”Setiap Orang Ada Cara Didik Anak” – Aliff Syukri Ajar Anaknya Ammar Tingkatkan Keyakinan Diri

Siapa yang tak kenal, Pengasas produk Kesihatan dan Kecantikan terkenal Dato’ Alif Syukri. Sikapnya yang tegas tetapi penyayang terhadap anak-anak menarik perhatian netizen untuk mengikuti perkembangan keluarga ini.

Terbaru, satu video telah dimuatnaik di laman Instagramnya yang menunjukkan gelagatnya mengajar anaknya, Ammar supaya mempromosikan produk terbaru keluaran syarikatnya.

Kapsyen IG :

biar apa org kata.. sy dikutuk gara gara ajar anak sy sbb sy dilahirkan bodoh dalam akedemik sbb universiti pengalaman saya.. tapi saya boleh buat duit dgn bisnes jdi sy ajar anak sy cara menjual serbuk arang gigi dherbs ni boleh memutihkan gigi dlm masa 5mnit harga rm39.90… bagi saya ..Setiap orang ada cara didik anak….saya didik anak saya berniaga sbb nak dia ada keyakinan….sbb kita tak tahu apa dia akan jadi bila besar…Jika dia x ada kerjaya yg hebat nanti tapi dia ada ilmu niaga yg saya selalu praktikkan…..minat atau tidak belakang cerita yg penting dia ada ilmu….
.
Belum sempat saya post kat ig dah viral dulu video ni…… yg dorang viral tu separuh je x habis…..kena tengok result lepas dia diajar utk berniaga…. @ammar_ahyan

Namun, ada beberapa yang mengatakan caranya itu kurang sesuai untuk anaknya Ammar. Walaubagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tindakan Aliff Syukri itu sememangnya untuk masa depan anaknya.

VIDEO :

Antara komen netizen :

Suka cara dato’, saya pula nak tergelak…

Abaikan orang cakap…

Andai kata saya dah ada anak pun nak ajar dia sebaik mungkin…

Apapun, BS harap keluarga Dato’ Aliff Syukri sentiasa aman dan berbahagia selalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Aliff Syukri


Apa Kata Anda?