‘Allah Lindungi Keluarga Kita’- Muat Naik Foto Bersama, Peminat Doa Kebahagiaan Farid Kamil & Diana Danielle

Setiap apa terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Perkara itu mungkin boleh dikaitkan dengan situasi serta dugaan yang berlaku kepada pasangan artis Datuk Farid Kamil dan Datin Danielle baru-baru ini. Disebalik desas-desus mengatakan rumahtangga mereka dalam keadaan tidak baik, ternyata mereka masih saling sayang menyayangi.

Buktinya adalah Farid dan Diana masing-masing memuat naik foto serta kapsyen positif di Instagram. Kami doakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

Muat naik foto bersama

Setelah lama mendiamkan diri di laman sosial media, beberapa hari lepas Farid telah memuat naik fotonya bersama Diana dan anak beserta kapsyen;

‘ BERSATU ‘ Kita Teguh Bercerai kita roboh…#kamiXramai tapi kami ada #X

Selepas itu Instagram Farid dihujani dengan komen membina dan sokongan dari peminat. Diana juga turut berkata sesuatu di ruangan komen.

Diana turut muat naik foto, beri sokongan pada suami tersayang

Berhubung isu yang terjadi pada suaminya, Diana lebih senang untuk mendiamkan diri. Tetapi jauh sudut hati ternyata Diana tetap sayang dan sentiasa beri sokongan pada Farid walau apa pun terjadi.

Peminat doa kebahagiaan Farid Kamil & Diana Danielle

Sumber: Instagram Farid KamilDiana Danielle

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?