“Allahu, kenapa comel sangat ni?” – Gelagat anak Aqeef Anaqi buat peminat jadi geram

Sebaris dengan Yusuf Iskandar, Aqeef Anaqi bin Amar atau lebih dikenali sebagai Aqeef Anaqi ini merupakan selebriti cilik yang sedang menempa nama di dalam industri hiburan tanah air.

Merupakan putera sulung kepada pasangan sama cantik, sama padan Amar Bahrain dan Amyra Rosli, Aqeef Anaqi dilihat mewarisi kecomelan dan kecantikan ibu bapa mereka.

Semalam, Amyra telah berkongsikan sebuah video aksi Aqeef Anaqi menari mengikut rentak lagu Panama Dance di Instagram.

Aqeef yang sememangnya dikenali ramai dengan sifat sportingnya itu dilihat sedang seronok sambil tersenyum lebar apabila badannya digoyangkan ke kiri dan ke kanan oleh ibunya.

R u ready nk shopping baju raya dkt @primavalet ?? Happy son, Happy mom! @aqeefanaqi . #MotherSon #Amyramar #AAA

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Allahu, kenapa comel sangat ni?

Rata-rata pengikut Amyra di Instagram terus berasa geram serta-merta melihat betapa cheeky-nya putera sulung pasangan selebriti ini.

Selain daripada itu, pipi Aqeef yang tembab dan matanya yang bulat itu turut menjadi faktor lain mengapa peminat ibunya berasa geram dengan dirinya. Tembam sangat.

Aqeef Anaqi telah dilahirkan pada 10 Oktober 2017 merupakan cahayamata sulung kepada pasangan Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Kini Aqeef sudah pun berusia 5 bulan.

Gambar-gambar Aqeef yang boleh buat ramai jadi geram

Sumber : IG Amyra Rosli  / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?