[VIDEO] ‘Dia Buat Tak Layan…?’- Gelagat Amar Menyapa Patung Amira Mencuit Hari Netizen

Sebut sahaja pasangan selebriti Amar Baharin dan Amira Rosli pasti akan terbayangkan wajah anak mereka yang comel bernama Aqeef Anaqi tu kan? 

Aqeef Anaqi juga tidak ketinggalan untuk menjadi tumpuan netizen seperti anak-anak selebriti yang lain. Hal ini demikian kerana telatah mereka menghiburkan hati dan membuatkan penonton tidak jemu untuk melihatnya

Aqeef Anaqi juga turut menjadi Cover muka depan majalah Pa&Ma untuk keluaran Oktober 2018. Mungkin selepas ini Anaqi akan mengikut langkah kedua-dua ibu bapanya sebagai selebriti

Terbaru Amar telah memuat naik videonya bersama Anaqi yang sedang bercakap dengan patung Amira Rosli. Gelagat Amar yang bertindak memanggil Amira namun tidak dilayan mencuit hati netizen. Malah Anaqi juga turut keliru dan menyangkakan bahawa patung tersebut sebagi ibunya dengan melihat patung tersebut berkali-kali

Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video, Amar turut memberikan nasihat kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak dan tidak hanya fokus kepada membeli belah.

Nasihat utk para Ibu diluar sana, kalau jalan2 bawa anak gi shopping mall tu, jgn ralit sgt tengok brg2… sekali sekala bg perhatian kat anak juga ok 👌🏻. Pesanan ikhlas ini dari kami @aamyrarosli , @aqeefanaqi & @amarbaharin 🤪

VIDEO :

Komen Netizen :

sweetnye pasangan ni sukenye tengok

ahahaha lawak daddynye pn

makin comel geramnya

apela daddy ni, cian kn aqeefanaqi , ingt mummynya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram amarbaharin via @LubukMaklumat


Apa Kata Anda?