
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Aliff Syukri dan anak-anak di Instagram, pastinya tahu betapa mesranya perhubungan mereka anak-beranak.
Terbaru, anak ketiga jutawan kosmetik itu, Ibrahim Adham atau lebih mesra dipanggil Baem telah menjadi perhatian netizen setelah video yang menunjukkan dia menangis jadi tular di laman media sosial itu.
Di dalam video yang dirakam di sebuah kedai makan, Baem kelihatan bersedih kerana masih belum berjaya untuk menghafaz juzuk 1 Al-Quran.
Meskipun dipujuk oleh ibunya, kanak-kanak berusia 6 tahun itu dilihat tetap menangis teresak-esak. Berdasarkan kepada kapsyen yang ditulis oleh ibunya itu, Baem dikatakan mencemburui dan terasa tercabar terhadap abangnya, Ammar kerana telah pun berjaya menghafaz juzuk 1 Al-Quran.
VIDEO :
Rata-rata pengikut kanak-kanak tersebut memuji sifat yang terdapat dalam diri Baem yang sudah pun memiliki sifat cemburu tentang bab agama meskipun baru sahaja berumur 6 tahun.
Baem anak yang baik dan bijak
Tidak kurang pula, terdapat juga netizen yang memuji cara Aliff Syukri dan Shahida mendidik anak-anak. Meskipun hidup dalam serba kemewahan, namun pasangan tersebut masih mementingkan didikan agama terhadap anak-anak mereka.
Untung Dato’ dan Datin dapat anak macam Baem
Beruntung betul siapa yang dapat anak seperti Baem ni kan. Buat Baem, semoga dipermudahkan menjadi seorang Tahfiz yang berjaya suatu hari nanti.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : Instagram Baem Adham via SoyaLemon