[FOTO & VIDEO] “First Time Aaisyah Demam Dan Warded” – Anak Che Ta Masuk Hospital, Peminat Doakan Semoga Cepat Sembuh

Anak kepada pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana dimasukkan ke sebuah hospital di Damansara akibat demam.

Berita tersebut dihebahkan menerusi sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram Aaisyah, @aaisyahdhiarana111.

“Dah nak dekat 4 tahun, first time Aaisyah demam dan warded. Doakan Aaisyah cepat sembuh ok,” tulis keterangan di ruangan kapsyen.

VIDEO :

Rata-rata peminat dan pengikut laman Instagram Aaisyah meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Aaisyah segera sembuh.

Ada juga segelintir peminat yang memuji kecomelan Aaisyah walaupun sedang demam.

Selepas Zain dan Rozita bernikah pada 11 Disember 2013, mereka menerima kehadiran Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : VideoViral via SoyaLemon


Apa Kata Anda?