[VIDEO] ”Anak Daddy Dalam Perut Tengah Work Out Ke Tu.. ” – Kapsyen Hairul Azreen Menyentuh Perasan Netizen

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

Terbaru, Hairul Azreen berkongsi video durasi pendek dengan kapsyen yang mencuri perhatian ramai. Anak Kedua yang masih dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan stabil. Semoga Hanis sentiasa tabah dan diberikan kesihatan yang baik, begitu juga bayi dalam kandungan.

 

Filem Paskal yang baru sahaja mengutip kutipan yang lumayan pada tempoh hari memberi kesan positif pada industri seni tanah air. Selaku pelakon utama, Hairul Azreen tidak serik untuk berlakon dalam filem aksi selepas kejayaannya menerusi Paskal The Movie mendapat respons positif daripada penonton filem berkenaan.

Malah katanya, dia bakal tampil dengan dua lagi filem bergenre aksi iaitu Polis Evo 2 dan Operasi X tidak lama lagi.

“Saya masuk bidang lakonan pun disebabkan cerita aksi dan pertarungan dan filem ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini.

“Bila saya kata saya juara Fear Factor, saya pelakon aksi ngeri, orang persoal tapi filem Paskal seolah-olah membuka mata mereka bahawa saya betul-betul minat filem begini,” katanya kepada mStar Online.

“Saya tidak meletakkan apa-apa harapan, saya cuma buat yang terbaik sahaja dari awal sampai akhir.

“Saya menganggap kejayaan filem Paskal sebagai perkara terbesar yang pernah terjadi dalam kerjaya saya selama ini.

“Benda paling seronok adalah Melayu, India, Cina tengok cerita ni, itu yang paling saya kagum. Dan sekarang ni saya ada penyokong berbilang kaum, itu yang saya tak pernah dapat sebelum ni,” katanya lagi.

Tambah Hairul, setakat ini dia sudah menonton filem itu sebanyak enam kali.

Jom lihat Video durasi pendek yang dikongsi oleh Hairul dibawah.

Kapsyen :

Awwwwww anak daddy dalam perut tengah work out ke tu, sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali, btw @theyusufiskandar excited sangat dia tu, Thank you @syazwanipauzi teman kan Hanis

Awwwwww anak daddy dalam perut 😍😍😍 tengah work out ke tu, sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali, btw @theyusufiskandar excited sangat dia tu

Awwwwww anak daddy dalam perut 😍😍😍 tengah work out ke tu,sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali,btw @theyusufiskandar excited sangat dia tu

Posted by Negaraku Viral on Friday, November 16, 2018

Jom Lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen laman instagram Hairul Azreen, rata rata nya mendoakan bayi dalam keadaan sejahtera dan sihat walafiat.

Silap² scan lagi skali nanti bdn dia mniarap tgn dblakg then punggung diangkat ke atas. 

Baby tengah buat six pack lah tuw..btw tahnia sbb dpt baby baruu

Congratulation !aww yusuf such a good brother.

Adhlm.taniah harap2 xni dpt laa baby giel plk comey mcm mummy harap2 selamat mlahirkn amin3 lou u mummy muach3

12weeks ye..semoga dipermudahkn semuanye keknis

Alhamdulillah congrats. Mudah2an i pon ada rezeki nk baby lg. InsyaAllah, Amin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber :IG Hairul Azreen via Rimbabara


Apa Kata Anda?