Anak Pak Ngah Dedah Hajat Arwah Yang Tidak Kesampaian Yang Buat Siti Nurhaliza Sayu. Memang Sebak!

Namun, tahun ini Allahyarham ingin membuat kelainan dengan merancang sendiri sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Sebelum men*nggal abah (nama panggilan bagi All*hyarham) tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu pun perubahan sikap. Keinginan All*hyarham itu secara tidak langsung membuatkan kami berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan.

“Sebelum ini All*hyarham tidak pernah menguruskan hal itu kerana keluarga yang akan menyediakan segalanya. Tetapi sebaliknya ia berbeza kerana tahun ini segalanya Allahyarham ini uruskannya sendiri, ” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Mengulas lanjut, Syafrina memberitahu, All*hyarham mengadu sakit dada dan sesak nafas pada malam Jumaat lalu (21 September) ketika mereka sekeluarga bercuti di Tanjung Pinang, Indonesia.

Susulan daripada itu Allahyarham telah dibawa oleh anak lelakinya, Megat Mohd Syahraini ke Rumah Sakit Provinsi Kepri Tanjung Pinang, Batam bagi mendapatkan rawatan.

Setelah lima hari mendapat rawatan, ahli keluarga kemudian merancang untuk membawa pulang All*hyarham ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ Tawakal, Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat penerbangan khas dari Indonesia ke Malaysia.

Bagaimanapun, penerbangan tersebut terpaksa berpatah balik ke Indonesia disebabkan Pak Ngah ketika itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Abah sememangnya mengalami komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi. Terbaharu, abah dikenalpasti mengalami paru-paru berair. Allahyarham kemudian, me n*nggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sana,” ujar Syafrina.

All*hyarham disahkan me n*nggal dunia di Indonesia manakala jenazah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor dari Batam kira-kira pukul 10.15 pagi dan tiba di Masjid Jamek Kampung Baru pukul 3.10 petang.

Lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, selebriti dan peminat memberi penghormatan terakhir dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada pukul 5.20 petang bersebelahan dengan pusara kedua-dua ibu bapanya.

Selebriti yang hadir antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Datuk M.Nasir, Datuk Nassier Wahab, Zizie Zulkefli, Liza Abdullah, Syura, Wany Hasrita, Datuk Jalaluddin Hassan, Eddrie Hashim, Datuk Ramli MS dan ramai lagi. 

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : TerlajakVirals via SoyaLemon


Apa Kata Anda?