“Ada Masanya Kita Juga Perlukan Anak-Anak Redakan Kesedihan” – Mustapha Kamal

Meskipun ia hanyalah sekeping foto yang menunjukkan kasih sayang antara bapa dengan anak tapi aksi pelakon popular, Mustapha Kamal dalam foto itu memberikan makna mendalam pada netizen di media sosial.

Aktor itu memuat naik satu foto yang menunjukkan seorang anak perempuannya memeluknya dengan erat.

“Ada masanya kita juga perlukan anak-anak untuk meredakan kesedihan dan kesayuan kita. Merekalah dunia dan akhirat kita untuk mengadap yang maha Esa,” katanya dalam status di Instagramnya, @mustapha_kamal hari ini.

Salah seorang netizen yang dikenali sebagai @unguzai, anak adalah penawar kepada kedua ibu bapa.

“Anak-anak abang sayang sangat tu dengan abang macam jarang-jarang jumpe je mungkin abang sibuk berlakon drama itu makanya abang di peluk kuat-kuat moga bahagia selalu abang sampai ke syurga Aamiin Aamiin,” kata netizen @ice_nadra.

Begitu juga, ada beberapa netizen mengucapkan selamat hari jadi pada pelakon popular itu kerana menyangka ia adalah majlis yang diraikan bersama anak tersayang.

“Sedihnya dengar!! Kita hidup untuk memperhambakan diri pada Allah. Anak-anak penghibur hati, anak-anak hadiah dari Allah!! Apa yang Allah beri adalah yang terbaik. Isteri kita, anak-anak kita, kesihatan kita, rupa paras kita, kehidupan kita serta kawan-kawan kita. Be happy be thankful to Allah always receipe of good life,” kata netizen @cheronnichedin.

Betul tu abg mus.Anak2 penghibur dikala duka lara. Selamat hari lahir abg Mus..Semoga sentiasa dibawah rahmatNya & diberikan kesihatan yg baik.Aamiin @zurainicheyang

Foto throwback Mustapha Kamal. Ketika ini 1992

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Mustapha Kamal via Gempak


Apa Kata Anda?