[VIDEO] Anak TMJ Cuba Bercakap Di Telefon Buat Netizen Terhibur!

Akhirnya pewaris takhta Johor iaitu anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Menurut Presiden Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pihaknya sukacita mengumumkan bahawa nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

”Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Terdahulu isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan putera di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 14 Oct 2017.

Pasangan diraja itu turut mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun 2016.

Dalam video pendek yang dimuatnaik oleh TMJ, di mana anak lelaki beliau sedang cuba bercakap di telefon seolah sedang cuba menghubungi TMJ. Rindu pada ayahnya barangkali hehe..

Apapun telatah anak lelakinya itu telah menarik perhatian netizen. Rata-rata memuji kecomelan anak TMJ dan YM Che Puan Khaleeda. Berikut adalah kapsyen yang di tulis oleh TMJ;

” Everytime i’m not at home, he will look for me and try to call me. Haha.. my boy..”

Jom kita baca apa komen netizen di bawah

1) Nk cakap dgn baba ya …alolooloo…cutenyer dgr suara dia pot pet pot pet tanya mama…mana baba…He’s so adorable

2) the way he call mama same likes his sister lily. alahaii cair saya tengok kecomelan little man ni.mamamapappamama so lovely

3) Banyak mulut ni…dh besar mesti peramah orangnya….sesekali tgk mcm muka anak Amar Bahrin …n Amira Rosly

4) handsome boy from the handsome father ..Samalah dengan anak saya dirumah…abah kerja dipanggil2… bila abah dia kat rumah buat2 tak kenal abah dia plak

5) SubhanAllah, comel. Mata YM remind me of the late YM TJ. Al-Fatihah buat YM TJ.. Bulatnya biji mata, comel anak TMJ, Allah pelihara sultan

VIDEO :

Comelnya Anak Lelaki TMJ Ni..Banyak Mulut Betul

Hehe comelnya ank lelaki TMJ ni..potpet potpet mulut dia membebel apa tah haha..

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Friday, October 19, 2018

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Beautifulinara via SoyaLemon


Apa Kata Anda?