Siapa Sangka, Anak Zarina Zainudin Nikah Dengan Pewaris Sultan Perak

Seperti mana yang kita tahu, Zarina Zainudin berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan ketika itu usia Zarina 22 tahun. Seperti yang kita sedia maklum, Zarina merupakan isteri kedua kepada Abdul Raihan dan madunya bernama Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor.

Salah seorang anak tirinya bernama Siti Naqiah telah selamat melahirkan anak sulung dan merupakan cucu pertama bagi suaminya. Siti Naqiah berkahwin dengan Raja Dini iaitu pewaris dari Sultan Idris kerabat diraja Perak.

Melawat cucu, anak tiri saya Siti Naqiah dan suaminya Raja Dini dah dapat anak yang pertama. Cucu pertama suamiku Dato Sri dan Datin Sri. Saya pun tumpang gembira dan bersyukur dapat jadi nenek dah jadi opah lola. Welcome to the world Raja Ezra anak cucu pertama Raja Dini pewaris dari Sultan Idris kerabat diraja Perak. Semuga menjadi anak yang soleh.

Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

Zarina Zainuddin dedah jadi isteri kedua kerana simpati suami

Zarina Zainuddin bersama suami dan anak-anak mereka. Foto Instagram @zarinazainuddin

TANGGAL 13 Julai lalu, genap 25 tahun usia perkahwinan Zarina Zainuddin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua.Zarina berkata, selepas tiga bulan berkahwin suaminya memberitahu perkahwinan itu dibina atas dasar simpati dan suaminya lebih mementingkan isteri pertama.

“Selepas tiga bulan berkahwin, suami saya berkata pada saya; abang kahwin dengan Ina (panggilan Zarina) sebab abang kesian sahaja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang. Lepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia,” tulisnya di Instagram.

Tambah Zarina lagi, Raihan memberitahu tiada cinta dalam dirinya terhadap Zarina namun dia memintanya bersabar.

Bagaimanapun pada akhirnya pesanan itu membuahkan hasil dan mereka masih bersama sebagai suami-isteri.

Perkongsian Zarina di Instagram bersempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-25. 

“Saya masih ingat lagi kata suami saya, ‘abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar.

“Terima kasih abang… Sabar itu separuh daripada iman,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata, perkongsiannya itu diharap dapat menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua dalam memahami erti sebenar cinta.

“Anda boleh dapat cinta tetapi anda tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan dengan Raihan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Zarina Zainuddin.

Bagaimanapun anak kembarnya itu ialah kanak-kanak istimewa autism.

Mengimbau perkahwinannya dengan Raihan, Zarina berkata, walaupun madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor memberikan keizinan untuk suami bermadu namun ketika itu dia sedar hati seorang wanita lain hancur berderai.

“Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka di saat saya baru mengejar bahagia.

“Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya tiada sesiapa kakak, hidup saya macam lalang ditiup angin ke kiri… ke kirilah saya ditiup angin, ke kanan ke kananlah saya.

“Allhamdulilah dengan izinnya… Kawinlah saya nun jauh di seberang sana,” jelasnya yang kini bahagia bermadu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG Zarina Zainuddin Via Hangatberita


Apa Kata Anda?