‘Anda Kena Berhenti Menyanyi’ – Jadi Rakan Duet Anggun, Fazura Dikritik Peminat Indonesia?

Pada awal pembabitan pelakon terkenal Fazura dalam bidang nyanyian, ramai yang mengkritik suara yang dikatakan kurang sesuai. Namun, perlahan-lahan Fazura diterima baik malah sudah menghasilkan beberapa buah lagu lain. Terbaru, Fazura melakukan kolaborasi bersama penyanyi dari Indonesia, Anggun.

Walaubagaimanapun, peminat dari Indonesia nampaknya meninggalkan komen negatif dan berpendapat lagu versi Anggun bersama Rossa lebih sedap didengar. Mereka juga mempersoalkan mengapa Anggun tidak memilih ramai lagi penyanyi popular yang lain sebagai rakan duet.

Lagu duet Fazura bersama Anggun

Beberapa hari lepas, rakaman audio lagu ‘The Good Is Back’ ini diperdengarkan kepada umum menerusi laman Youtube Anggun. Di ruangan komen, rata-rata peminat dari Indonesia mempertikaikan mutu nyanyian Fazura yang dikatakan kurang ‘sesuai’. Tidak kurang juga yang memuji dan merasakan lagu tersebut sedap didengar.

‘Jadi aneh saya dengarnya, tidak seimbang’

‘Sadly terrible collaboration’

‘Anda kena berhenti menyanyi’

Sumber : Youtube

Kredit;; Ohbulan


Apa Kata Anda?