[VIDEO] ‘Paling Winnn…’ – Lagu Anta Permana Versi Dikir Barat Oleh Issey Tarik Perhatian Netizen

Seperti yang diketahui ramai Isey Fazlisham merupakan seorang pelakon, pelawak dan juga peyampai radio Suria FM bersama Shahrol dan Fizi Ali. Sebelum ini beliau merupakan anggota kumpulan lawak Titan dalam Bintang Mencari Bintang.

Ramai yang menyangkakan bahawa Issey ialah anak kepada Pelakon Sabri Yunus namun kenyataan tersebut telah dinafikan olehnya dan membetulkan kenyataan tersebut bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Pelakon Sabri Yunus sebaliknya beliau hanyalah anak muridnya dan Sabri Yunus lah yang membawa Issey masuk ke dunia hiburan.

Sebelum menyertai Bintang Mencari Bintang, Issey bergiat aktif dengan kumpulan dikir barat dimana pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat di Dikir Akademi Arjunasukma. Jadi tidak hairan lah jika Issey turut berbakat dalam bidang nyanyian.

Baru-baru ini Issey telah memuat naik video lagu Anta Permana yang dinyanyikan versi dikir barat bersama ahli-ahli dikir barat. Seperti yang dijangkakan video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menyukainya.

Dalam kapsyen yang dimuat naik, Issey telah meyatakan bahawa lagu tersebut merupakan hadiah kepada penyanyi terkenal Dato Sri Siti Nurhaliza daripada mereka semua.

Hadiah untuk Dato sri @ctdk dari kami! Semalam masa berdikir , dapat pulak idea ni ! 
@dikirexclusive @rozisangdewi 
#sitizoners 
#gengissey
#dikirbarat 
#antapermana

VIDEO :

Ramai netizen yang mneyukai lagu Anta Permana versi dikir barat yang dinyanyikan oleh Issey malah ada juga diantara mereka yang menyuruh Issey memuat naik lagu penuh dan mendikirbaratkan semua lagu.

tolong dikirbaratkan semua lagu plss

pling styleee… nk guna gong n bonggo smua ka camna?? hehe…

xpuah dgr weh… 40 kalu duk ule

terbaik… lain dari yg lain

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram isseyfazlisham via @LubukMaklumat

 


Apa Kata Anda?