Anugerah baby istimewa dari ALLAH : Sheila Lan Solo

ISTERI kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila, sebelum ini pernah berkongsi tentang bayi dalam kandungannya yang dikatakan mengalami sedikit masalah dan berkemungkinan akan lahir sumbing.

Meskipun begitu pasangan ini sentiasa positif dan mengharapkan agar para peminat mereka sentiasa mendoakan kesihatan bayi yang bakal lahir nanti dalam keadaan baik.

Hari ini, Sheila menerusi laman Instagramnya kembali berkongsi perkembangan terkini bayi dalam kandungannya yang sudah menjangkau usia 33 minggu itu beserta foto imbasan bayinya itu.

 
 Anugerah baby istimewa dari ALLAH: Sheila Lan Solo
 
 
 

“Memang sah dan confirm, baby kami cleft. Cuma tak pasti cleft lip sahaja atau cleft palate sekali. Dan, ukuran cleft pun sangat kecil, 0.33cm sahaja. Still comel!

“Semua itu tak penting, yang menjadi keutamaan kami  sekarang adalah kesihatan baby and mommy,” luahnya.

Sheila turut tentang jantina  anak ketiganya ini yang merupakan seorang bayi perempuan.

Dalam pada itu, Sheila sempat memberikan sedikit pesanan buat ibu bapa di luar sana yang mempunyai  anak istimewa.

“Dear mom & dad out there, kita perlu bangga bila dapat anugerah baby istimewa ini dari Allah.

“Allah bagi kita extra income untuk kita tambah pahala.. sebab? Diuji kesabaran kita, pahala. Diumpat, pahala. Dikeji, pahala,” tulisnya lagi.

Cahaya mata ketiga pasangan ini dijangka lahir pada Mac depan.

 

sumber


Apa Kata Anda?