Ardel Aryana Menghidap Kanser Tahap 3 Memilih Untuk Berdiam Diri Kerana Enggan Peminat Bersedih

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuatkan peminatnya bertambah sedih atau berasa sebaliknya.

“Kalau saya berikan kenyataan, mungkin kenyataan saya boleh buat peminat lagi berduka atau sebaliknya.

Sebelum ini, pelakon wanita ini telah menimbulkan spekulasi apabila dikhabarkan sedang menghidap kanser tahap tiga namun tidak jelas apakah penyakit sebenarnya.

Kebanyakkan status yang dimuat naik di laman sosial Ardell sejak beberapa bulan lalu turut seakan-akan menggambarkan keadaannya kini dan menguatkan lagi andaian itu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tiada Cinta Sepertimu ini mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa mendoakan dan beri kata semangat kepadanya.

“Peminat, semua baik-baik. Mereka tak pernah putus-putus bagi kata semangat dan doa.

“Saya ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan dan beri kata-kata semangat,” ujarnya.

Pada 9 Julai lalu, Ardell menarik perhatian netizen apabila memuat naik video berkerusi roda yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatannya itu.

ini antara komen netizen di instgaram dan juga video di upload nadzmi adhwa

VIDEO :

VIDEO :

rata-rata netizen mendoakan kesihatan ardell agar cepat sembuh dan menjadi seorang yang kuat 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram ardel aryana via KL Menjerit


Apa Kata Anda?