“Arif nak Tok Tun Dukung ” Comel Gelagat Arif Jiwa Bertemu Tun Mahathir.

Gelagat anak juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin, Arif Jiwa sewaktu bertemu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat perhatian peminat.

Menerusi entri di Instagram (IG) milik Arif, foto yang dimuat naik merakamkan gelagat comelnya yang seakan-akan mahu meminta didukung Tun Mahathir.

Lebih menarik, kapsyen yang ditulis oleh penjaga akaun itu juga seolah-olah menterjemahkan situasi yang berlaku.

“Foto 1: Tok Tun, nama saya Arif. Foto 2: Tok Tun ingat tak? Foto 3: Cuba tengok sikit,” tulisnya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata yang menyaksikan foto itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang dilakukan oleh Arif.

Foto: Instagram @arifjiwaasyraf / @tyaarifin/gempak.org

 


Apa Kata Anda?