
Sambutan Aidilfitri bukan sahaja dimeriahkan dengan hidangan yang menyelerakan dan kuih-kuih raya yang cantik dan unik. Tapi hari raya juga turut menjadi medan ‘perang’ fesyen untuk artis kita melaram baju raya masing-masing. Kebiasaannya, artis yang sudah berkahwin dan mempunyai anak akan mengenakan pakaian hari raya yang sedondon. Peminat juga akan ternanti-nanti warna apa yang menjadi kegemaran artis kesayangan mereka untuk bergaya di hari raya.
Sejak hari pertama Aidilfitri sehingga raya ke- 6 ni dapat dilihat pelbagai jenis rekaan dan warna baju raya yang dikongsi artis di laman instagram untutk tatapan peminat masing-masing. Macam-macam warna ada termasuk merah, biru dan hijau. Cuba tengok ni!
ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN
DATIN FOUZIAH GOUS DAN SUAMI
ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AYOB
SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM
FATTAH AMIN DAN FAZURA
UDE WAHID DAN IZREEN AZMINDA
CHE PUAN JULIANA EVANS DAN SUAMI
NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI
IZZARA AISHAH DAN ADIB KHALID
SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH
Rambang Mata Tengok Koleksi Raya 3 SELEBRITI CANTIK Ini, Betul-Betul MELETUP!
Serius, tak tahu hendak beli yang mana satu untuk raya nanti. Lepas tengok koleksi raya yang digayakan selebriti tempatan ini terus rambang mata. Semuanya nampak cantik terletak dan yang paling penting, harga mampu milik. Dalam banyak-banyak himpunan baju raya artis, tiga koleksi berikut paling menarik perhatian. Jadi, bagi anda yang masih belum membeli busana raya.. jom intai busana pilihan selebriti cantik ini.
DATO’ SRI SITI NURHALIZA
Memasuki tahun kedua, koleksi Creacion by Siti Nurhaliza nyata tidak pernah mengecewakan. Selain diakui dari segi rekaan dan kualiti, busana pilihan penyanyi tersohor negara ini sememangnya selesa dipakai. Menampilkan 39 koleksi raya tahun ini yang mengetengahkan tema blossom, anda yang ingin kelihatan cantik dan bergaya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza kena cepat dapatkan busana indah ilham selebriti cantik ini. Kalau tunggu lama-lama, sold out nanti!
Layari www.creacion.my untuk melihat koleksi ini dengan lebih lanjut!
NEELOFA MOHD NOOR
Bangga dengan pencapaian pelakon dan pengacara popular, Neelofa Mohd Noor, pereka fesyen berbakat besar iaitu Rico Rinaldi mengambil keputusan untuk menjadikan selebriti ini sebagai Face of Summeraya 2018. Menerusi koleksi anggun ini, 46 busana diperkenalkan yang juga merupakan penghasilan skala besar dalam sejarah Rico Rinaldi untuk Ready-to-wear, Bespoke dan Pre-Ramadan. Istimewanya Summeraya 2018, ia menghimpunkan semula rekaan popular dan terbaik sepanjang 10 tahun designer ini berkecimpung dalam arena fesyen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : SweetNutella