“Asyik Muntah Darah & Pengsan. I Almost Lost Her” – Puteri Balqis Terima Rawatan

Pelakon cilik, Puteri Balqis menerima rawatan selepas sering muntah darah dan pengsan.

Berita tersebut disampaikan menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram Balqis, @rockingbalqis dan dipercayai telah dikemas kini oleh ibunya.

Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang.I'm still waiting for her next treatment.Terima kasih buat semua fans yg tak henti2 dm dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.Buat sesiapa yg anak mereka mengalami sakit jantung/lemah jantung atau cancer, beli mcm2 supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau Basil tea.Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan.I almost lost her.Mcm2 supplement yg Aqish cuba tapi tak membantu.Selepas Aqish minum Basil tea, dan kunyah daun Basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih.Doakan yg terbaik buat Puteri.Love u guys❤️????????Tq

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

“Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang. I’m still waiting for her next treatment.

“Terima kasih buat semua fans yang tak henti-henti DM dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.

“Buat sesiapa yang anak mereka mengalami sakit jantung / lemah jantung atau cancer, beli macam-macam supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau basil tea.

“Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan. I almost lost her. Macam-macam supplement yang Aqish cuba tapi tak membantu.

“Selepas Aqish minum basil tea dan kunyah daun basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih. Doakan yang terbaik buat Puteri. Love you guys. Thank you,” tulisnya.

Bagaimanapun, ruangan komen di entri tersebut ditutup.

Balqis yang kini berumur 11 tahun mula menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usianya 2 tahun.

Merupakan seorang aktres berbakat, Balqis pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 menerusi lakonannya dalam telefilem berjudul Balqis.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Balqis 

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?