[VIDEO] Ayana Jihye Moon Jadi Pilihan Penonton Untuk Jadi Pengacara MeleTOP Berbanding Neelofa

Semalam, artis dan usahawan terkenal Neelofa kembali mengacarakan rancangan sensasi MeleTOP setelah sibuk dengan urusan kerja yang lain beberapa minggu lepas. Terdahulu, kekosongan tersebut telah diisi oleh pelawak dan pengacara, Jihan Muse bersama dengan rakan hosnya juga dalam program Gegar Vaganza, iaitu Nabil Ahmad.

Seperti kebiasaannya, MeleTOP akan mengetengahkan beberapa orang atau artis yang terkenal untuk ditemubual tentang perkembangan terbaru mereka. Antara yang menjadi tumpuan pada malam semalam adalah Instafamous berhijab dari Korea yang kini menetap di Indonesia Ayana Jihye Moon atau lebih mesra disapa Ayana sahaja.

Selain bertanyakan bertanyakan tentang aktiviti terkini, Nabil dan Neelofa turut menanyakan pengalaman Ayana sebagai seorang gadis berhijab semasa di Korea. Gelagat Ayana dilihat sangat sopan dan comel ketika berkongsi jawapan kepada audiens walaupun dalam Bahasa Inggeris. Dalam pada itu, krew produksi MeleTOP juga sempat membawakan kejutan khas buat Ayana.

COMEL! Instafamous Ayana Jihye Moon

VIDEO :

Posted by Mia Kacang on Wednesday, October 17, 2018

Kehadiran Wany Hasrita ke set Meletop sama sekali tidak dijangka oleh Aryana kerana penyanyi lagu Menahan Rindu itu adalah artis kegemarannya di Malaysia. Dia kemudiannya dilihat telah menitiskan air mata kerana sangat terharu.

Namun begitu, semasa Wany Hasrita dan Ayana duduk bersama di set MeleTOP, ramai pula pihak yang membandingkan penampilan diri mereka dengan Neelofa. Rata-rata netizen juga berkata yang Jihan Muse lebih baik digandingkan bersama Nabil sebagai hos selepas kemunculan semula Neelofa dalam rancangan sensasi tersebut.

Daripada ketiga-tiga wanita.. Neelofa nampak paling kurang

For the first time Neelofa tak lawa dari guest

Boleh tak lepasni Neelofa tu digantikan dengan Jihan je?

Lagi best if Jihan & Nabil jadi hos MeleTOP ni

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : MediaOhsem via SoyaLemon


Apa Kata Anda?