Azad Jazmin & Eira Syazira Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bertemakan Frozen

Pelakon Azad Jazmin & Eira Syazira telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leann Rose, 1, di akaun Instagram (IG) miliknya.

Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan filem animasi Frozen, di mana kebanyakan tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian seperti karakter  filem animasi tersebut.

Foto Azad sekeluarga meraikan ulang tahun itu mendapat pujian peminat kerana mereka beranggapan bahawa dia merupakan seorang ayah yang baik kerana tetap meluangkan masa bersama keluarga.

Para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Azad ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Mereka juga memuji kecomelan pakaian yang di pakai oleh Amarra Sofea Rose dan Ameisya Leann Rose.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:

 

Sumber; Gempak.com


Apa Kata Anda?