[VIDEO] ” Azal Anak Bijak, Sanggup Keluar Rumah Supaya Tak gaduh Dengan Azil” – Netizen Sebak Melihat Azal

Ramai yang sudah mengetahui, Zarina Zainuddin mempunyai anak kembar istimewa Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism. Namun Azal sedikit bertuah kerana boleh bercakap, sedangkan Azil tidak boleh berbicara sejak dari kecil lagi..

Kedua-dua anak bujang autistiknya itu kekadang akan bertindak di luar jangkaan dengan “tantrum-tantrum” yang berbeza setiap hari termasuk memecahkan peti televisyen, menendang pintu dan pernah juga menumbuk mata pembantu rumah Zarina sehingga lebam.

Sebentar tadi, Zarina telah memuat naik video dilaman instagramnya. Video ehsan dari pak cik Zarina itu telah menarik perhatian netizen. Video yang berdurasi seminit itu tewlah mendapat 26.2k tontonan. 

KAPSYEN IG:

Video ni di rakam oleh pakcik saya @ridzokumura pagi tadi

Azal aelesai menyapu halaman rumah terus ke Empire pergi gym katanya ..saya pun lepaskannya..

Tapi bila tengok video ni saya sedih keadaan anak saya bila saya takde aktiviti shooting dia akan bawak diri takut jika dirumah dia akan bergaduh dengan abang azil ..dia cakap dia stress dirumah tanya ibu bila shooting ..saya cakap takde lagi ..dia macam frust ,dia memang taknak duduk dirumah..kalau dia baring aras kerudi takpe ni baring atas karpet di shooping complex tentu orang cakap ssya tak tahu jaga anak..orang nak cakap apa cakaplah apa yang saya lalui dan apa yang orang lain lalui tak sama..lepas ni saya akan cuba cari jalan lain.

Doakan yang baik2 InsyaAlkah ,azal anak yang baik stress dalam hidup kami yang tiada kesudahan ini mencabar jiwa saya.. Kalau sorang saya boleh ikut sentiasa bila dua orang stress begini ssya terpaksa redha ..Allahuakhbar !!!

VIDEO:

Rata-rata netizen sangat tersentuh dengan telatah Azal.. 

KOMEN NETIZEN:

Allahu Akhbar Azal.. Sabar Banyak-Banyak Sis

Tetiba Sebak Tengok Video Ni

Kesian Azal.. Sabar Ye Sis.. 

Semoga Azal Dan Azil tetap menjadi anak yang baik.. LM harap, Zarina Zainuddin tabah menghadapi ujian dari Allah ini..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Ig Zarinazainuddin via SoyaLemon


Apa Kata Anda?