B3ncana Kebakaran Hutan Australia, Jay Park Derma RM123,000

Penyanyi rap popular Korea, Jay Park telah menyumbangkan AS$30,000 (RM123,000) kepada New South Wales Rural Fire Service demi meringankan beban mangsa kebakaran di Australia ketika ini.

Perkara itu diumumkan Jay Park sendiri menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

“Doakan untuk Australia dan jumpa nanti,” tulisnya.

Jay Park kini dalam siri jelajah dunianya Sexy 4eva dan akan bertandang ke Auckland, New Zealand pada Rabu, seterusnya di Sydney dan Melbourne pada 10 dan 12 Januari nanti.

Australia kini berhadapan dengan bencana yang berpunca dari kebakaran hutan teruk sehingga menyebabkan kemusnahan dan kematian rakyatnya selain ratusan juta haiwan.

Selebriti lain seperti Pink, Chris Hemsworth, Selena Gomez dan Nicole Kidman turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana alam itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Daily Mail via GEMPAK


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*