‘Baby Bump’ Datin Sri Shahida Semakin Jelas Kelihatan, Anak-Anak ‘Excited’ Ketahui Jantina Bayi

Memang seronok melihat wanita mengandung namun kekal cantik dan berseri-seri seperti Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini.

Memasuki trimester 2 usia kehamilan, ‘baby bump’ beliau semakin jelas kelihatan dan anak-anak beliau Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5 ternyata kelihatan cukup teruja untuk mengetahui jantina adik baru mereka nanti.

Sebelum ini, Datin Sri Shahida ada mengumumkan yang usia kandungan beliau kini tiga bulan dan disahkan hamil anak ke-empat sebelum menunaikan umrah pada November 2017 lalu.Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih pada yang mendoakan beliau cepat hamil dan terus mendoakan agar beliau dan baby dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, setelah melalui alahan kehamilan yang teruk.

Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2.Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi,Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan..Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil…Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hamil…3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk.Alhamdulillah kini semakin sihat.Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”

Rezeki Ambil Anak Angkat

Ramai yang mengetahui bahawa pasangan ini ada mengambil dua orang angkat iaitu Ameena Aliffsha yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum Aliffshah, pada awal Disemberlalu yang usianya hampir sebulan.Tidak sangka mendapat rezeki dan tuah pasangan ini mendapat cahaya mata sendiri lagi selepas mengambil anak-anak angkat tersebut.

Kami mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat, dilimpahkan lagi rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah buat keluarga ini hendaknya.

 

sumber:Mingguanwanita / gengjoyah.com


Apa Kata Anda?