‘Nasib Tak Terkuek Kat Launching Abah Tadi’ – Dengan IzinNya, ‘Baby Cikmad’ Lahir Sejurus Nubhan Lancar Lagu Baru!

Menerusi laman sosial pengurus Nubhan Ahamad, Intan Becky memaklumkan isteri kepada penyanyi Selamat Jalan Cinta, Dr Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki tepat jam 2.05 pagi pada 19 Januari lalu. 

Bayi seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan secara normal. 

Isteri Nubhan AhamadDrAfifah HidayahTawfek telah selamat melahirkan bayi lelakiyg comel seberat 3.40kg dengan kaedahnormal tepat jam 2.05 am 19.1.19

Bayi yg baru di lahirkan ini adalah anak kedua pasangan ini selepas mendapat anak sulong perempuan bernama Aafiya. 

Masih belum ada nama yang sesuai, baby ini hanya di gelar ‘baby cikmad’ . Terima kasih atas doa semua. Bayi dan ibu sihat. Terima kasih,” tulisnya. 

Nubhan yang secara kebetulan selesai melancarkan single terbaharu, Selama Jalan Cinta pada sehari sebelumnya. 

Sehingga kini, menurut penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam itu, bayi berkenaan hanya dipanggil dengan gelaran Cikmad.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aafiya Kamilia, satu tahun.

Tahniah dari kami, semoga kehadiran cahaya mata baru ini memberi lebih kebahagiaan buat keluarga Nubhan. 

Foto : Facebook Intan Becky  & Instagram Nubhan Ahamad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: MH via GengJoyah


Apa Kata Anda?