“Baby Sihat & Isteri Juga Selamat” – Dapat Baby Girl! Amyra Rosli & Amar Baharin Timang Anak Kedua

PASANGAN bahagia Amar Bahrin dan Amyra Rosli mengumumkan berita gembira apabila mereka menimang cahaya mata kedua pada Sabtu.

Amar menerusi laman sosialnya memberitahu, isterinya sudah selamat melahirkan anak perempuan pada pagi Sabtu.

“Alhamdulillah… isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

“Baby sihat dan isteri saya selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” ujarnya.

Amyra Rusli dan Amar berkahwin pada 2016.

Pada Julai lalu, Amar menerusi sebuah video membuat pengumuman bahawa Amyra hamil tiga bulan.

Lebih menggembirakan berita kehamilan itu diterima pada ulang tahun kelahirannya ke-34 iaitu pada 1 Julai lalu.

Amar dan Amyra berkahwin pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Aqeef Anaqi, 2.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻 . . @amyramarjr2020

Siaran dikongsi oleh Amar Baharin (@amarbaharin) pada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : Mstar via Gempak


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*