[FOTO & VIDEO] Sayu : Badrul Mangsa Kedai Dobi Meletup Pergi Jua..

Shah Alam : Suasana pilu apabila mangsa disahkan meningg4l dunia selepas 10 hari bertarung nyawa, salah seorang mangsa letupan kedai dobi di Klang dua minggu lalu.

Mangsa Badrul Niezam ,43, menghempus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh pada pukul 8 pagi ini akibat kegagalan organ selepas menderita melecur sehingga 73.5 peratus akibat insiden tersebut

Kejadian pada 4 Oktober itu turut mencederakan anak perempuan mangsa berusia 14 tahun yang kini ditempatkan di Hospital Selayang sejak 8 Oktober lalu.

Laporan kes kemalangan di kedai dobi di Johan Setia yang melibatkan murid SMK Jalan Kebun.

AsSalam semua..Mohon doa dari sahabat semua, agar diberi kesembuhan kpd kawan saya Badrul Niezam bersama anaknya..beliau terlibat dlm letupan di kedai dobi..60% badannya melecur..manakala anaknya 30% melecur..kedua2nya masih belum sedarkan diri.

Tarikh: 4 Oktober 2018

Hari: Khamis

Masa: 8.30pagi

Lokasi: Kedai Dobi Dobby Bar (berhampiran pasaraya CLC)

Nama murid:

Anis Ellysa bt Badrul Niezam (Tingkatan 2 Efisien, SMK Jalan Kebun)

Nama pelapor:

Pn Haizira bt Badarudin

(Ibu murid)

Keterangan kes:

Pada 8.30pagi, 4 Oktober 2018, Khamis Pn Haizira bersama-sama suami dan dua orang anak telah ke kedai dobi Dobby Bar, Johan Setia untuk menggunakan perkhidmatan di kedai dobi tersebut.

Suami dan anak Pn Haizira (Anis Ellysa) telah masuk ke dalam kedai dobi terlebih dahulu manakala Pn Haizira dan seorang lagi anak beliau masih berada di dalam kereta.

Selang beberapa minit, Pn Haizira mendengar bunyi letupan dan melihat suaminya dan Anis berlari keluar dengan pakaian mereka hangus terbakar.

Setelah meminta bantuan orang ramai dan memandangkan kecederaan serius yang dialami oleh suami dan anak beliau, Puan Haizira sendiri telah memandu kereta dan menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Setibanya di hospital, kedua2 mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan.

Kedua-duanya mengalami kecederaan di muka, tangan, kaki dan punggung dan pihak doktor telah mengesahkan bahawa Anis mengalami luka melecur sebanyak 30% manakala ayahnya 60%.

Sehingga hari ini, Sabtu 6 Oktober 2018, doktor telah mencadangkan supaya Anis dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan lanjut dari doktor pakar di sana.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kekosongan di hospital tersebut.

Sehingga skrg, Anis n ayahnya masih dirawat di wad 3B HTAR -Nor Kamal Hisham

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Khamis lalu, selepas keadaannya semakin kritikal.

“Kami menerima panggilan pada pukul 9 pagi ini daripada salah seorang anak mangsa yang memaklumkan bapanya sudah meningg4l dunia ketika mendapat rawatan di ICU Hospital Sungai Buloh.

“Pihak hospital mengesahkan mangsa meningg4l dunia akibat kegagalan organ yang berpunca daripada 73.5 peratus terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan mangsa dan anak perempuannya parah selepas mesin pengering pakaian di dobi yang terletak di Jalan Setia Klang tiba-tiba meletup selepas mangsa menekan butang ‘start’.

Isteri dan bayi mangsa yang turut datang ke dobi tersebut bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian mereka menunggu di dalam kereta.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan insiden itu adalah kemalangan dan bukan berunsur khianat apabila siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati leputan berpunca akibat masalah teknikal.Al fatihah.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : ApaCerita via SoyaLemon


Apa Kata Anda?