[VIDEO] Comel Je Bila Baem Kata Kenapa Pastu Jeling Manja…Tapi Part Baem Cakap Nak Pergi Jannah Buat Netizen Sebak

Wajah dan suara si cilik Ibraheem Adham atau lebih manja dikenali dengan panggilan Baem merupakan anak kepada usahawan dan jutawan D’Herbs Terlajak Laris iaitu Dato Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida.

Siapa sangka anak kepada usahawan Dherbs terkenal ini mempunyai peminatnya sendiri di laman media sosial Instagram. Malah, netizen sangat gemar menonton video lawak daripada Baem.

Terbaru, menerusi laman sosial media Intagram Baem sendiri, satu video telah dimuat naik menunjukkan Baem yang sedang rancak berbual dengan ibunya, Datin Shahida. Baem memberitahu Datin Shahida dia ingin ke Jannah.  Jelingan manja Baem ketika menanyakan soalan kepada Datin Shahida mencuit hati netizen. 

Rata-rata netizen memuji Baem bukan sahaja seorang budak yang comel namun memiliki perangai yang lawak dan petah bercakap. Netizen juga terhibur hati melihat keletah Baem. Namun ada juga netizen yang sebak apabila Baem bagi tahu dia nak pergi jannah. 

Kapsyen IG;

baem kata dia nak pg jannah😭😭….ada kawan dia kata nak ikut atuk moyang 🤧

 

VIDEO :

Netizen yang terhibur dengan telatah Baem;

Cerdiknya Baem Nii…Aunty Touching Tahu…😢😢

Baem Jangan Pergi Jannah Lagi..

Mesti Mama Dia Sebak Dengar Anak Dia Cakap Macam Tu 😭

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG baem_adham via SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?