“Bagus Tak Ikut Budaya Barat Sia-Sia, Tak Menunjuk” -Tolak ‘Baby Shower’, Siti Nurhaliza Dipuji Adakan Majlis Doa Selamat

Kebanyakan selebriti memilih untuk meraikan kehadiran bayi dengan mengadakan majlis yang dikenali ‘baby shower’, lebih-lebih lagi jika bayi yang dikandung merupakan bayi sulung, sudah pasti majlis berkenaan disambut dengan meriah.

Kebiasaannya majlis berkenaan hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga, selain beberapa aktiviti disediakan buat tetamu selain hidangan yang lazat dan menyelerakan.

Namun berbeza buat penyanyi nombor 1 Malaysia, DS Siti Nurhaliza apabila dia memilih untuk mengadakan majlis doa selamat bagi menyambut kelahiran puteri sulungnya pada bulan Mac depan.

Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung.

Baru-baru ini saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja,” katanya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata memuji wanita berusia 39 tahun itu kerana tidak mengikut budaya barat dan memilih untuk mengadakan doa selamat bagi menyambut bayi sulungnya.

Sumber Facebook Beautiful Nara / ceriteradunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! BS

 


Apa Kata Anda?