
Pelakon popular Indonesia, Baim Wong selamat bergelar suami kepada model dan aktres Paula Verhoeven sebentar tadi.
Pasangan itu telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia.
Paula dan Baim sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.
Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk ke peringkat lebih serius.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Baim dan Paula. Disini kami kongsikan gambar perkahwinan mereka:
VIDEO :
Lafaz perkahwinan Baim Wong Dan Paula Verhoeven
Majlis Suap-suapan
Detik Bahagia Baim Wong
Sungkeman Kedua Orang Tua
Wahh meriah betul majlisnya. Apapun, BS harap Baim Wong dan pasangan kekal bahagia sehingga ke akhirnya. Selamat pengantin baru! 😍
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady
Sumber : Instagram Baim Wong