‘Balik kepada niat…’ – Ingin dapat zuriat, Fattzura terima nasihat Prof Muhaya

Walaupun pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura hampir setahun mendirikan rumah tangga, namun sehingga kini tiada khabar berita bahawa mereka akan menerima cahaya mata.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Cinderella itu telah memuat naik gambar nota ringkas berlatar belakangkan Kaabah daripada adik angkatnya yang rajin menitipkan doa buat dirinya untuk dikurniakan cahaya mata setiap kali tiba di tanah suci.

Fattah juga turut memuat naik sebuah video bersama Prof Muhaya ketika menerima beberapa nasihat daripada pakar motivasi itu tentang kehidupan dalam mencapai matlamat. Terutama sekali dalam keinginan bagi menimang cahaya mata.

Motivasi dari Prof….

Some motivation for all of us from @profmuhaya . Truly was a great session with our beloved bonda last night. Watch full video at Prof Muhaya’s official Facebook page.

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

“Some motivation for all of us from @profmuhaya . Truly was a great session with our beloved bonda last night. Watch full video at Prof Muhaya’s official Facebook page,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Prof Muhaya telah memberi impak kepada pengikut mereka dengan memenuhi ruangan komen posting tersebut.

Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka serta mendoakan agar pasangan berkenaan akan menimang cahaya mata suatu hari nanti.

Sumber : Fattah Amin, Prof Muhaya Mohamad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?