Banyak negatif, Aisyah Aziz berehat dari media sosial

Adik kepada Aliff Aziz, Aisyah Aziz telah membuat keputusan untuk berehat sementara daripada aktif di media sosial. Penyanyi yang berasal dari Singapura ini mula menyedari laman sosial terlalu banyak memberi kesan negatif terhadap dirinya.

 

“Saya memutuskan untuk berehat sebentar dari media sosial buat sementara waktu. Tetapi saya masih menulis kapsyen pada laman sosial saya cuma saya tidak mengendalikan akaun peribadi itu.

“Saya mahu membetulkan semula minda dan keutamaan saya sebelum kembali ke dunia maya ini. Media sosial memberi kesan yang sangat negatif buat diri saya dan sebab itu saya harap dapat menjauhkan diri buat sementara,” ujarnya menerusi Instagram.

Aisyah juga berkata mahu belajar menjalani kehidupan dan mencintai diri sendiri tanpa perlu membuktikan kepada sesiapa dan beliau mahu menggunakan masa sebaik mungkin dengan rakan-rakan tanpa merakam atau menayangkan semua proses itu dan memuat naik di media sosial.

“Saya mahu mengamalkan perbualan dan perbincangan sebenar dengan orang sekeliling dan bukan sekadar fizikal dengan mereka tatapi bercakap dengan orang lain dalam talian.

Tambah penyanyi lagu Tanda Tanya ini yang berusia 23 tahun ini, internet memudahkan seseorang untuk mendapatkan maklumat dengan mudah tetapi juga memberi rasa tidak puas hati dan keraguan terhadap diri sendiri.

 

Sumber: Mstar / Hangat.com


Apa Kata Anda?