Bayi Dalam Perut Almy Nadia Songsang, Jika Berterusan Ini Yang Perlu Dihadapi Masa Melahirkan.

Selepas melakukan pemeriksaan kehamilan yang kini memasuki 37 minggu, doktor mengesahkan kedudukan bayi dalam kandungan Datin Almy Nadia

dalam keadaan songsang.

Almy, 32, berkata dia perlu membuat keputusan untuk bersalin secara normal atau pembedahan jika bayinya masih tidak berada di kedudukan yang betul.

“Hari ini (Selasa) pergi checkup. Kandungan 36 minggu tiga hari. Doktor cakap baby songsang.

“Minggu depan 37 minggu jumpa doktor lagi, kalau baby tak duduk di kedudukannya kena buat keputusan antara bersalin normal atau potong perut (pembedahan),” katanya.

Bayi dalam perut Almy Nadia Sonsang, jika berterusan

Almy gemuruh apabila doktor memberitahu kedudukan bayinya dalam keadaan songsang.

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya mendoakan dia dan bayi dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan proses bersalin.

Dalam pada itu, Almy mengakui dia berasa gemuruh apabila doktor memberitahu perkara tersebut kepadanya.

Aktres itu juga memohon semua orang mendoakan dia dan bayinya berada dalam keadaan baik dan berharap tidak perlu menjalani pembedahan.

Bayi dalam perut Almy Nadia Sonsang, jika berterusan

Almy dan Fizz bakal timang anak ketiga.

“Doakan saya dan bayi saya berada di kedudukan yang betul ya semua. Jadi gemuruh bila doktor cakap nak kena bedah.Sebab dua anak saya bersalin normal. Jadi kalau boleh tak nak la nak kena bedah-bedah ini. Doakan saya agar selamat semuanya ya,” ujarnya.

Sebelum ini, Fizz dan Almy mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.

Mereka juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina yang kini berusia sembilan tahun.

Biarlah Almy macam itu, janji dia sihat kata Fizz Fairuz

Pelakon Datuk Fizz Fairuz enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya, Datin Almy Nadia.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata dia mahu isterinya itu mengamalkan sebarang diet dengan cara yang betul.

“Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.

“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” kata Fizz kepada mStar Online.

Bayi dalam perut Almy Nadia Sonsang, jika berterusan

Fizz dan Almy bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Fizz ditemui ketika rakaman rumah terbuka Akademi Fantasia di Hotel Palace of Golden Horses, di sini pada Sabtu.

Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.

“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.

Bayi dalam perut Almy Nadia Sonsang, jika berterusan

“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.

“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.

Kata pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.

“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.

“Kalau sebelum ini, dia suka nak bersolek. Mungkin perubahan awal sebab kandungannya dia pun baru masuk enam minggu,” katanya.

Fizz dan Almy mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014.Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : mstar


Apa Kata Anda?