Beranak 3 Dah”-Netizen Salute Dengan Kisah Cinta Ajak Shiro & Isteri, Goal Habis!

Sejak-sejak ni ramai pula pasangan selebriti yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, antaranya Hairul Azreen dan pasangannya Hanis Zalikha, yang mengimbau kembali zaman percintaan mereka. Tidak kurang juga pasangan Ajak Shiro dan isteri, sweet juga kisah cinta mereka ni! Salute!

Kalau sudah namanya anniversary perkahwinan pasti setiap pasangan nak throwback momen mula-mula perkenalan, kongsi kisah cinta bagaimana mengurat dan sebagainya.

Baru-baru ini Ajak Shiro memuatnaik sebuah video yang mengandungi gambar-gambar zaman sekolahnya bersama seorang perempuan. Wah rupanya video ulang tahun perkahwinan yang ke 9 tahun!

Video ulang tahun perkahwinan  Ajak yang ke 9 tahun, sweet lamanya bertahan sejak dari bangku sekolah!

 

Korang nak tengok x? Awek yang aku adjust time form 1 sekarang dah beranak 3 dah???? Tapi badan sama je macam dak form 1????..nampakk???? Tu nama muji???????? Ni ade sikit gambar dari form 1 sampai skrg..Alhamdulillah syukur Ya Allah???? Happy anniversary love???? @afifahamin ・・・ . #repost . Cinta Agong… Dengar indah Sememangnya memang indah. tapi tak semudah dikata. Perlu kekuatan ikatan yang sangat kuat tersimpul mati.. Terima kasih kerana menjadi kapten kapal yang sentiasa membina kapal menjadi semakin besar untuk keselesaan anak-anak kapal dan mencipta layar yang semakin lebar supaya tidak gentar melawan ombak. Walaupun,ribut melanda sampai kita terlambung dalam dek kapal, Alhamdullilah.. badai tak dapat buat kita jatuh ke laut lemas.. Terima kasih sayang, untuk segalanya.. walaupun pelayaran kita baru genap 9 tahun hari ini tetapi pengenalan sejak 20 tahun lalu buat kita sangat akrab seperti kawan, bergaduh seperti abang dan adik, menangis bersama seperti baby dan bercinta berkasih sayang sebagai suami isteri Semoga Allah jodohkan kita bersama berdua selamanya hingga ke syurgaNya.. Terima kasih Ya Allah kerana Kau takdirkan kami hidup berdua bersama dengan 3 hasil kasih sayang kami Jad Thaqif, Had Thaqif dan Nada Soffea. Semoga takdir Mu yang indah ini Ya Allah berkekalan selama-lamanya.. Aminnnn @afifahamin @jadthaqiffc @hadthaqiffc @nadasoffea_fc

A post shared by Ajakshiro (@ajakshiro) on

Bersertakan kapsyen, Ajak mendedahkan kalau dia sudah cuba mengurat isterinya sejak dari Form 1 sehinggalah kini sudah melahirkan 3 orang anak! Wah lamanya percintaan Ajak Shiro kan? Memang respek! Bukan senang nak bertahan lama tu..

Ahli kumpulan Shiro ini juga memuji badan isterinya yang masih maintain cantik dan kecil molek sampai sekarang, memang sama macam Form 1 dulu. Untunglah kan, bukan semua wanita boleh maintain kurus dan slim.

Ramai netizen yang cemburu dan salute dengan kisah cinta Ajak dan isteri yang sangat lama bertahan selama 20 tahun sehinggalah sudah dikurniakan anak-anak.

Sy memang salute pasangan yang together dari zaman sekolah 

Impian semua pasangan, bercinta dan berkasih sampai syurga

Caya la akak, setia dengan abang Ajak Shiro dari x ensem sampai ensem cam sekarang

Sumber: IG Ajak Shiro

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?